• Selepas membilas, lapkan titisan air dengan kain lembut. Biarkan kamera
kering sepenuhnya di lokasi yang teduh dengan pengudaraan yang baik.
Jangan hembus kering dengan pengering rambut kerana ada risiko ubah
bentuk dan/atau prestasi kalis air terjejas.
• Kamera ini dibina untuk menyalirkan air. Air akan tersalir dari bukaan di
sekeliling butang ON/OFF (Kuasa), tuas zum (W/T), dan kawalan lain.
Selepas dikeluarkan dari air, letak kamera pada kain kering sebentar untuk
membolehkan air menyalir.
• Gelembung mungkin muncul apabila kamera berada di dalam air. Ini bukan
pincang tugas.
• Badan kamera mungkin berubah warna jika terkena krim pelindung matahari
atau minyak pemerang kulit. Jika kamera terkena krim pelindung matahari
atau minyak pemerang kulit, segera lapkan supaya bersih.
• Jangan biarkan kamera anda dalam air garam di bahagian dalam atau di
permukaan. Ini boleh menyebabkan kakisan atau perubahan warna, dan
menjejaskan prestasi kalis air.
• Untuk memelihara prestasi kalis air, kami menyarankan supaya setahun
sekali anda membawa kamera ke wakil penjual anda, atau ke kedai yang sah
untuk menggantikan gasket pengedap bagi penutup bateri/kad ingatan atau
penutup penyambung berbilang dengan bayaran tertentu.
MY
MY
7